Subhanallah!! Rezeki Melimpah-Ruah Sejak Sedekah Makanan Pada Kucing.
Sebenarnya,saya
ini bukanlah 'cat lover' sangat.Saya suka kucing tetapi saya geli
dengan kucing.Kalau lepak di kedai mamak atau kafe yg ada kucing,bila
ada kucing lalu di bawah kaki dan ekornya terkena pada kaki saya, serius
saya akan terkejut!
Kalau
yg jenis kucing nak makanan sampai dia berdiri pegang peha kita,itu
lagilah saya takut!Tetapi saya masih suka kucing.Kalau yg ada sampai
peluk cium kucing macam bantal itu,memang sayalah.
Orang
kata,kalau nak murah rezeki,nak hidup tenang,kongsi rezeki dengan
makhluk tuhan.Salah satunya ialah kucing.Sebelum ini saya cuma tengok
saja orang bagi kucing makan.
Ada
yg update media sosial bagi kucing makan supaya murah rezeki.Ada
usahawan yg kongsi tips nak kaya dan berjaya,salah satu tipsnya ialah
bagi kucing makan.Dan ada seorang mamat ini,semasa saya shooting,dia
buat kucing makan.
Saya
tanya dia,mana dapat makanan kucing itu? Dia kata, beli di supermarket
sahaja.1 paket dalam RM1.80 saja.Ada banyak dalam keretanya.Itu semua
disediakan utk beri kucing terbiar makan.
Selepas
beberapa bulan,saya melatih diri utk memberi makanan kepada
kucing-kucing. Dah beberapa bulan jugalah saya buat begini dan syukur
rezeki tuhan mencurah-curah. Dalam kereta saya,saya dah beli
banyak-banyak.Jadi saya boleh bagi kucing makan walaupun saya belum
membela seekor pun.
Kita
mahu duit RM2,000 tetapi sukar nak kongsikan wang RM20.Siapa yg
kedekut? Dalam Islam,kalau nak kaya,kita kena keluarkan duit. Ingat itu!
Saya
ini memang berniat mahu membela kucing tetapi bukan sekaranglah sebab
rumah dan studio saya jauh.Jadi saya beri kasih sayang seperti ini
dengan kucing.
Baca Juga:Menakjubkan,Shalat Subuh Di Turki
Tak kisahlah kita ini untuk bisnes atau tak,jangan lupa kongsi rezeki sesama kita.Kita makan sama-sama,kita gemuk sama-sama.
sumber
http://www.umatnabi.com/2016/11/subhanallah-rezeki-melimpah-ruah-sejak.html
sumber
http://www.umatnabi.com/2016/11/subhanallah-rezeki-melimpah-ruah-sejak.html
EmoticonEmoticon